" Walau perjalanan hidup aku tidak sempurna sebagaimana kalian, namun aku masih punya kehidupan untuk dibingkiskan. Setiap apa yang berlaku akan tersimpan rapi, tidak akan pernah luput dari kotak memori"

Wednesday, March 13, 2013

Gugurnya sehelai daun di Luh Mahfuz

Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari
kau pergi.. pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia..


Sekitar jam 12.05-12.15 kami bekas warga SMADBP dikejutkan dengan berita perginya dijemput Illahi seorang junior kami yang bakal mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini..
Nik Afiqah Husna..
Nama yang baik sebaik empunya diri..
perginya dia dirasai seluruh warga sekolah (SMADBP Bidor,Perak)..
terutamanya guru2, kawan2, xlupa juga bekas2 senior..
walaupun aku sempat mngenali arwah selama setahun pada 2009 dalam program mentor-mentee dimana kami diarah untuk mengambil berat, mengajar untuk menguruskan cara hidup di asrama, menjaga mentee kami sepanjang sesi persekolahan..ternyata
arwah yang aku kenal seorang yang sgt baik, peramah, manja,suka senyum dan suka mengambil berat keadaan orang yg berada dekat dengannya..
aku still terasa2 lagi mase tolong kemas2 loker die..
die asyik ketawakan aku bile aku membebel kemas loker die..
masih terngiang2 lagi die nyanyikan lagu 'HAPPY BIRTHDAY' sebelah aku time aku tidur..
still aku simpan segala surat2, kad2 ucapan dan juga hadiah birthday yang arwah bagi..

arwah dikatakan menghidap penyakit jantung, buah pinggang, dan TB..
hidupnya cuma bergantung pada mesin..
allahuakbar..! 
kita dengar pun dah tahu betapa peritnye namun kuatnye semangat arwah utk terus hidup tapi apakan daya arwah dijemput pulang juga oleh Yang Maha Berkuasa pada 12/3/2013.

Namun aku kagum mendengar berita yang dikhabarkan oleh rakan yang menziarahi jenazah arwah disaat pemergiannya..

  • pmergiannya sgt syahdu..sblum arwah pergi keadaan yg arwah alami sgt sngsara n tenat sbb pnyakit da mrebak hampir ke smua tubuh n hidupnya bgantung pd msin,,klo kte dgr pon x sanggup..tp smgt die kuat..ktika kami mlawat arwah,, arwah msih mmpu bersenyum.. wlopon drinye skit..n pd ari kmatiannya..sblum arwah pergi .. khabarnya arwah mampu brjaln..tp Allah lg sygkn arwah..arwah tpaksa pergi..alhamdulillah..wajah arwah stelah dkafankn..klihatan tnang pabila d lihat..n stlah dkbumikn lalu dbacakn yasin n tahlil.. subhanAllah..trasa ibarat alam ini trut mraiknnya..krna tika itu..angin brtiup merdu n pokok2 bgoyang ke sana ke mari..Ya Allah kau ampunilah dia,smpurnakn amalan die ,rahmatilah kluarganya n letakknla dia bersama para anbiya n org2 soleh..n Ya Allah jdknla kmatian die satu pngajaran n pringatan yg ssungguhnya mati itu pasti n kehidupan di dunia ini hanyalah smntara..Ya Allah jgnlah kau jdkn kami org yg sibuk kejar akn dunianya.sdgkn persiapan kmi utk bertemu dgnMu msih x sbrapa..Amin Ya Rabb
  • Nadia Syuhada amiinn ya rabbal a'lamin..trime kasih utk perkongsian ni faidhi..kami dari jauh hanya mampu mendoakan ketenangan dan kesejahteraan arwah di sana..semoga setiap amalan,kebajikan,kebaikan arwah dihitung dengan sebaik2 perhitungan Allah bg hambanya yg beriman seperti yg dijanjikan allah utk hamba yg menunaikan perintahnya....berdoalah sentiasa agar kita juga dijemput dalam keadaan 'khusnul khotimah'..insyaallah,aminn..
menitis air mate tatkala membaca perkhabaran dari sahabat kami..
 Bukan senang untuk kita mendengar khabar yg baik disaat perginya seorang hamba Allah..
akak doakan semoga kamu ditempatkan dalam kalangan roh ahli syurga dik, dan setiasa dalam jagaan Allah S.W.T..
Ini juga merupakan peringatan bagi kita untuk sentiasa mengingati bahawa kematian itu suatu yang pasti..
" Firman Allah S.W.T : Qullu nafsin zaaiqatul maut..
yang bermaksud setiap yang bernyawa itu pasti akan mati. "

Berdoalah dan beramal lah semoga kita juga dijemput dalam keadaan 'khusnul khotimah' untuk menjadi ahli syurga..insyaallah,amiinn..

AL-FATIHAH buat adik NIK AFIQAH HUSNA .
" Perginya diri mu memberi tamparan yang hebat buat kami yang mengenali mu.. "

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.